Karier Muzik Along_Exists

Pada awal pembabitan Along dalam industri muzik tanah air, beliau bergandingan dengan Shah sebagai gitaris kumpulan Exists (dahulunya dikenali sebagai Exist) sebelum menjadi satu-satunya gitaris Exists yang tinggal berikutan pengunduran Shah daripada kumpulan tersebut pada tahun 1992. Selain bermain gitar, Along juga berkebolehan dalam bermain piano dan papan nada (keyboard).

Kerjaya penerbitannya hanya bermula dengan album ketiga Exists yang berjudul Jangan Gentar pada tahun 1997. Selain menerbitkan album, beliau turut dikenali sebagai penggubah muda yang kian meningkat naik kerana selain mencipta lagu untuk kumpulannya sendiri, beliau juga banyak mencipta lagu untuk artis lain seperti Siti Nurhaliza, Kumpulan Antz dan Siti Sarah.[2] Beliau juga turut menjadi pilihan kebanyakan artis untuk menjadi sessionist dalam album-album mereka. Antara lagu ciptaannya ialah Julia dan Percayakan Siti. Kedua-dua lagu ini kemudiannya berjaya ke Anugerah Juara Lagu 2002 dan 2003.